Kelas Asas Microsoft Powerpoint Nadi Kampung Braang Bayur

11 April 2025 | Aktiviti Terkini

Hari ini telah berlangsung Pertandingan Poster Digital bertajuk “Buli Siber” yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral SK Pelaman Sigandar. Pertandingan ini disertai oleh seramai 10 orang pelajar yang kreatif dan berbakat.

Menggunakan aplikasi Canva, para peserta telah menghasilkan poster-poster yang menarik dan penuh dengan mesej kesedaran tentang bahaya buli siber dalam kalangan murid-murid. Program ini bukan sahaja mengasah kreativiti, malah memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan keselamatan dan etika dalam penggunaan internet.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta! Semoga usaha kecil ini memberi impak besar dalam membentuk generasi yang beretika di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali