Taklimat Nadi X Kesedaran

14 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

NADI Kampung Braang Bayur telah menyertai dua taklimat anjuran SSO NERA secara dalam talian melalui Google Meet iaitu:
1. Taklimat Lindungi Data Peribadi
3 orang peserta telah mengambil bahagian dalam taklimat ini yang berlangsung dari pukul 4:00 petang hingga 5:00 petang. Taklimat ini memberi pendedahan tentang pentingnya melindungi data peribadi serta langkah-langkah praktikal yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi daripada disalah guna.
2. Taklimat Perisian Merbahaya
Seorang peserta dari NADI Kampung Braang Bayur telah menyertai taklimat ini yang diadakan dari pukul 3:00 petang hingga 4:00 petang. Taklimat ini memfokuskan kepada ancaman perisian merbahaya (malware) serta cara-cara melindungi peranti daripada serangan siber.

Pihak pengurusan NADI Kampung Braang Bayur amat menghargai inisiatif ini yang memberi manfaat besar kepada komuniti, terutamanya dalam aspek keselamatan digital dan kesedaran teknologi.
#NADIxKesedaran
#DataPeribadi
#PerisianMerbahaya
#KeselamatanSiber
#NADIKgBraangBayur
#SSONERA

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali