Nadi Safe: Pertandingan Poster Digital: Sayangi Alam Sekitar
9 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mei 2025, telah berlangsung Pertandingan Poster Digital bertemakan “Sayangi Alam Sekitar” yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral SK Pelaman Sigandar. Pertandingan ini telah disertai oleh 9 orang pelajar yang menunjukkan daya kreativiti dan kesungguhan dalam menyampaikan mesej tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui seni digital.
Menggunakan aplikasi Canva, para peserta telah menghasilkan poster yang menarik dan sarat dengan mesej berinformasi mengenai pemeliharaan alam semula jadi, khususnya berkaitan kebersihan sungai dan persekitaran. Program ini bertujuan menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap penjagaan alam sekitar serta memupuk nilai cinta dan prihatin terhadap bumi sejak usia muda.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan hasil karya yang menginspirasikan. Teruskan usaha menjadi pencetus perubahan demi alam sekitar yang lestari.
#SayangiAlamSekitar #PosterDigital #SKPelamanSigandar #PanitiaPendidikanMoral #NADIKgBraangBayur #HijauItuKehidupan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: