NADI x KESEDARAN: TAKLIMAT BULI SIBER & TAKLIMAT PEMBELIAN DALAM TALIAN

19 Ogos Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Taklimat ini memberi pendedahan kepada peserta tentang isu buli siber, kesan negatif terhadap mangsa, serta langkah-langkah pencegahan dan perlindungan di alam maya. Peserta didedahkan kepada cara menggunakan media sosial dengan berhemah, mengenal pasti tanda-tanda buli siber dan saluran aduan yang betul. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran digital serta mewujudkan persekitaran siber yang lebih selamat untuk semua.

Sesi taklimat ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara membuat pembelian dalam talian dengan selamat, bijak dan berhemah. Peserta mempelajari langkah-langkah asas seperti mengenal pasti platform belian yang sah, kaedah pembayaran yang selamat, serta tip mengelakkan penipuan siber. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran digital dalam kalangan komuniti agar lebih yakin menggunakan e-dagang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali