KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

22 Ogos Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Anjuran: MCMC Cawangan Kuching bersama NADI Kluster Kuching

MCMC KCHBO terus melaksanakan usaha program Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Kuching yang bertempat di SMK Padawan.

Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seramai 7 orang yang terdiri daripada wakil NADI Kluster Kuching.

Seramai 71 orang peserta terlibat yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4.

Pelaksanaan Aktiviti
RSP Modul 3
Ikon K-DAT
Ikon K-DAT (Guru): Cikgu Dayang Rafidah binti Awang Osman
Jawatan: Guru Bimbingan & Kaunseling sepenuh masa
Ikon K-DAT (Murid): Genevie Alyanie Anak Alvin
Tingkatan: Pelajar Tingkatan 4
Kesimpulan program

Berjaya mendapatkan fokus dan minat pelajar semasa sesi program dijalankan melalui respon dan kerjasama pelajar yang amat positif.

Murid memahami akan objektif utama yang disampaikan berkaitan keselamatan digital serta impak negatif akan penyalahgunaan internet tanpa kawalan dan juga had perkongsian di dalam penggunaan media sosial.

Pihak sekolah memberi sokongan penuh di salam usaha pihak MCMC melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di peringkat sekolah untuk memperluaskan lagi kesedaran di kalangan kanak-kanak remaja sekolah menengah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali