NADI-MAHIR PERTANIAN PINTAR, NADI MAHIR-JAHITAN & NADI AWARENES- SAFE & SHIELD – BULI SIBER

15 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan NADI-MAHIR Pertanian Pintar yang disertai oleh seorang peserta, NADI-MAHIR Jahit disertai oleh seorang peserta dan NADI AWARENES- SAFE & SHIELD yang disertai oleh 10 orang pelajar.

Modul Pertanian Pintar Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.

Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

NADI x Awareness ialah inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan digital dan penggunaan teknologi pintar. Melalui program ini, pelbagai aktiviti dan perkhidmatan diperkenalkan untuk mendidik orang ramai tentang amalan keselamatan dalam talian dan memanfaatkan teknologi secara bijak.

Kami berharap agar kelas ini memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali