KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK MERPATI JEPANG

8 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat anjuran MCMC Cawangan Kuching bersama 16 NADI di bawah Kluster Kuching.

Program selama 60 minit ini menyasarkan murid berumur 7–9 tahun dengan objektif membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Antara pengisian menarik:
Aktiviti Pecah Ruyung
Internet Seperti TV
Hak & Tanggungjawab

Cerita: Musang, Ibu Ayam dan Anak-Anaknya
Murid-murid didedahkan kepada cara mengenal pasti kandungan tidak selamat dan kepentingan menjaga kerahsiaan diri di alam digital.

MCMC Cawangan Kuching dengan kerjasama seramai 16 orang NADI Kluster Kuching telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat yang menyasarkan murid sekolah rendah berumur antara 10 hingga 12 tahun di SK Merpati Jepang.

Objektif utama kempen ini:
Meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan Internet dan aplikasi dalam talian secara selamat
Memberi kesedaran tentang risiko dan had umur penggunaan media sosial
Membantu murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang sesuai untuk mereka

Struktur program selama 115 minit ini merangkumi:
1. Aktiviti Penetapan Minda
2. Stesen Literasi Digital
3. Had Umur Penggunaan Media Sosial
4. Stesen Bahaya Media Sosial (2 sesi)
5. Alternatif Kepada Media Sosial

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kempen ini. Semoga murid-murid terus celik digital dan bijak menggunakan Internet secara bertanggungjawab!
#InternetSelamat
#KeselamatanDigital #LiterasiAwal
#KempenInternetSelamat
#MCMCKuching
#NADIKlusterKuching
#CelikDigital
#SKMerpatiJepang
#InternetSelamatUntukKanakKanak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali