KEMPEN INTERNET SELAMAT: NADI-NURTURE: WEBINAR CYBERSECURITY

11 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

𝐊𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦:
Sesi webinar bertajuk β€œDari Serangan Siber ke Pemulihan: Asas Tindak Balas Insiden & Forensik Digital” telah berjaya diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom. Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif NADI-Nurture: Cybersecurity, sebahagian daripada pilar NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat, yang bertujuan membudayakan pembelajaran berterusan dalam bidang keselamatan siber.

Apa yang akan dipelajari?
Langkah asas tindak balas insiden
Pengenalan forensik digital
Teknik OSINT & Google Dorks
BONUS: Demonstrasi insiden & analisis forensik secara langsung!
Antara pengisian menarik sepanjang sesi termasuklah perkongsian langkah asas tindak balas insiden, pengenalan forensik digital, teknik OSINT & Google Dorks serta demonstrasi insiden dan analisis forensik secara langsung.
Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan berguna kepada komuniti dalam menghadapi ancaman siber dengan lebih berkesan.
#NADICybersecurity #SeranganSiber #ForensikDigital #KomunitiDigital #MCMC #NADINera2025 #NADISibuluh

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali