NADI KESEJAHTERAAN DIRI: SARINGAN KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI MADANI, PROGRAM NADI X KOMUNITI MADANI & NADI ESUKAN SARINGAN MLBB MUSIM KE-2
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Kg. Braang Bayur telah mengadakan program NADI Kesejahteraan Diri: Saringan Kesihatan kepada Komuniti Madani di Kg. Braang Bayur pada 15 Mac 2025. Seramai 9 orang peserta telah menyertai saringan kesihatan ini yang bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap penjagaan kesihatan kendiri.
Antara pemeriksaan yang dijalankan:
Saringan tekanan darah
Ujian paras gula dalam darah
Timbangan berat badan
Ukuran tinggi badan
Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)
Program ini turut menjadi platform untuk menyokong gaya hidup sihat dan memupuk kesedaran tentang pentingnya amalan kesejahteraan kendiri di kalangan komuniti setempat.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat! Semoga lebih ramai komuniti Kg. Braang Bayur mengambil peluang untuk terus cakna kesihatan diri.
Program NADI X KOMUNITI MADANI – Kg. Bra’ang Bayur
Program NADI X Komuniti Madani yang diadakan pada 15 Mac 2025 (Sabtu) di NADI Kg. Bra’ang Bayur telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti Kg. Bratan & Kg. Bra’ang Payang.
Sepanjang sesi, peserta berpeluang mempelajari tentang:
Apa itu NADI?
Perkhidmatan Pintar yang disediakan di NADI untuk komuniti
Kerjasama antara NADI dan JAPEN ini bertujuan memperkenalkan pelbagai kemudahan serta inisiatif digital untuk manfaat penduduk setempat. Suasana program sangat positif dengan penyertaan yang aktif daripada semua yang hadir.
Terima kasih kepada semua komuniti yang meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan program ini. Semoga lebih ramai komuniti Madani akan terus mengambil peluang dalam program yang akan datang!
Saringan Mobile Legends Bang Bang NADI Kg. Braang Bayur Musim ke-2!
Tarikh: 15 Mac 2025
Masa: 2:00PM - 6:30PM
Lokasi: NADI Kg. Braang Bayur
Musim ke-2 Saringan MLBB NADI Kg. Braang Bayur berlangsung dengan penuh aksi dan semangat juang!. Dengan 8 pasukan bertanding, setiap perlawanan menyajikan strategi hebat dan pertarungan sengit.
Pasukan yang bertanding:
1. Infinite Saiyan
2. BUBA Shomey E-sports
3. Varkyrie
4. Dunstan Galau
5. Phantom Pride
6. JMK
7. Hikmah e-Sports
8. KJR
Juara: Dunstan Galau
Naib Juara: JMK
Tempat Ketiga: BUBA Shomey E-sports & Hikmah e-Sports
Perlawanan akhir sekali lagi menemukan Dunstan Galau dan JMK, mengulangi pertembungan epik musim pertama! Setelah pertarungan mendebarkan, Dunstan Galau berjaya mempertahankan gelaran juara dengan kemenangan 2-1.
Sorotan Kejohanan:
Suku Akhir: Aksi mengejutkan apabila pasukan pilihan KJR & Phantom Pride tersingkir awal.
Separuh Akhir: Dunstan Galau & JMK mendominasi perlawanan dengan kemenangan 2-0.
Grand Final Thriller: JMK hampir memaksa perlawanan ke pusingan penentuan, tetapi Dunstan Galau menamatkan perjuangan dengan gaya!
Dunstan Galau bakal membawa cabaran NADI Kg. Braang Bayur ke Peringkat Negeri Sarawak! Semoga mereka terus cemerlang dan mengharumkan nama komuniti kita di pentas yang lebih besar!
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding! Saringan ini bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi juga persahabatan, strategi, dan semangat e-sukan. Nantikan musim ke-3 yang pasti lebih sengit!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: