KELAS PEMOHONAN KERJA MELALUI EMAIL DENGAN BANTUAN CHATGPT

19 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Hari ini 18 Mac 2025 di NADI Kg Braang Bayur, seramai 7 orang peserta lepasan SPM telah mengikuti Kelas ICT: Pemohonan Kerja Menggunakan Gmail & AI ChatGPT.

Mereka diberi pendedahan tentang:
Cara menulis surat permohonan kerja yang efektif menggunakan AI ChatGPT
Langkah-langkah menghantar permohonan kerja secara rasmi melalui Google Email (Gmail)
Tips & etika menghantar emel profesional kepada majikan

Peserta berjaya menghasilkan surat masing-masing dan menghantar emel permohonan sebenar kepada fasilitator sebagai latihan. Semangat peserta hari ini sangat membanggakan!

Teknologi AI + kemahiran digital = persediaan terbaik untuk alam pekerjaan.

Tahniah kepada semua peserta!.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali