KELAS MICROSOFT WORD NADI KAMPUNG BRAANG BAYUR

26 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2025, telah berlangsung kelas Microsoft Word di Bilik Latihan NADI Kg. Braang Bayur dari jam 9:30 - 10:30 pagi. Seramai 6 orang peserta telah menyertai sesi pembelajaran ini.

Dalam kelas ini, peserta diajar cara:
Membuat surat rasmi dengan format yang betul
Menggunakan AI ChatGPT untuk membantu dalam penyediaan dokumen
Asas Microsoft Word mengikut format taipan yang tepat

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam urusan seharian. Nantikan kelas-kelas menarik yang lain di NADI Kg. Braang Bayur!.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali