E-SUKAN – PERTANDINGAN MLBB MUSIM KE-3 (PERINGKAT NEGERI SARAWAK)

2 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pasukan NADI Kg. Braang Bayur meneruskan prestasi cemerlang dalam saingan liga Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) peringkat negeri dengan dua kemenangan bergaya hari ini.
PERLAWANAN 1
NADI Kg. Braang Bayur vs NADI Sungai Apin
Keputusan: MENANG (21 - 11)
Pasukan berjaya menundukkan NADI Sungai Apin dengan permainan berpasukan yang tersusun dan strategi kemas untuk menguasai setiap objektif perlawanan.
PERLAWANAN 2
NADI Kg. Braang Bayur vs NADI Bengoh
Keputusan: MENANG (50 - 3)
Kemenangan besar ini membuktikan kekuatan dan keserasian pasukan, sekaligus memberi keyakinan tinggi untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
Dengan dua kemenangan hari ini, NADI Kg. Braang Bayur kini memperkukuh kedudukan dalam Kumpulan K dan semakin hampir mara ke pusingan berikutnya.
Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang dan kerjasama mantap!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali